Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) merupakan dasar yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2009. Beliau telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Namun begitu, pada kali ini saya akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang NKRA yang ketiga iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.
klik untuk paparan lebih besar
Terdapat 4 Fokus utama kerajaan bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu kepada Prasekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah.
Menyedari hakikat bahawa pendidikan perlu diterapkan dari awal kelahiran, kerajaan mengambil inisiatif besar dengan memfokuskan NKRA kepada pembelajaran prasekolah dengan mencadangkan 6 langkah-langkah bagi mencapai sasaran untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Antaranya ialah:
1- Penubuhan Jawatankuasa Penyelerasan Prasekolah Kebangsaan bagi meningkatkan kapasiti dan menambahbaik kualiti pendidikan prasekolah.
2- Mewujudkan Standard Prasekolah Kebangsaan untuk memastikan perkembangan holistik kanak-kanak.
3- Penyeragaman bantuan murid prasekolah kerajaan untuk memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.
4- Kerangka pembangunan kecemerlangan guru dan pembantu guru prasekolah.
5- Perancangan pembukaan kelas prasekolah baru yang akan menyebabkan tambahan seramai 200,000 kanak-kanak akan mengikuti pendidikan prasekolah.
6- Cadangan pendekatan dalam meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pendidikan prasekolah seperti bayaran sekali RM10,000 untuk semua sekolah swasta berdaftar yang dibuka pada tahun 2010 - 2012, bantuan Yuran Murid bernilai sehingga RM150 seorang sebulan untuk membiayai yuran bagi semua murid 4 tahun dan 5 tahun miskin dan miskin tegar, selain menyerdiakan latihan kemahiran secara percuma bagi guru prasekolah swasta dan JPNIN, dan mempermudahkan proses permohonanan oleh tiga agensi PBT, Bomba dan Penyelamat dan Kesihatan.
penulis bersama kanak-kanak prasekolah di Kampung Alor Merah, Kedah.
Langkah-langkah ini merupakan cadangan bagi meningkatkan lagi penyertaan kanak-kanak prasekolah untuk mendapatkan pendidikan berkualiti sejak awal. Apakah pendapat anda mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini? Selitkan komen anda dalam kotak komen di bawah.Terima kasih :)
9 comments:
saya bersetuju dengan langkah-langkah yang diberikan oleh kerajaan dalam meningkatkan lagi prestasi sistem pendidikan dlm negara
pendidikan kanak-kanak merupakan langkah awal yang harus diambil berat oleh kerajaan. bagi memastikan tiada lagi kanak-kanak di Malaysia yang tidak tahu membaca dan mengira, langkah-langkah ini merupakan langkah yang baik bagi meneruskan lagi program 3M iaitu Membaca, Mengira dan Menulis yang dahukunya diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir.
thanks syuib and afie :)
sy amat setuju dgn NKRA pendidikan ini krn ia mampu melonjakan sistem pendidikan setaraf dgn negara2 maju
kerajaan sememangnya ada bekerjasama dengan syarikat swasta untuk meningkatkan lagi sistem pendidikan prasekolah di negara kita ni.
secara peribadi, saya merasakan nkra kita tak banyak berubah pun. mungkin ada perkara yang perlu diperbaiki lagi. kurikilum perlu diselia semula, mungkin.
Pada pendapat saya, usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan adalah sangat baik. Akan tetapi, mungkin dari segi pentadbiran harus diperbaiki dan diperhalusi lagi agar keberkesanan serta sisitem yang diterapkan akan membuah kan hasil. Sebagai contoh, jika sistem ini berjaya, hasilnya dapat dilihat pada prestasi pelajar tersebut mungkin dalam lima hingga sepuluh tahun yang akan datang kerana, penerapan sesuatu sistem berkaitan pengajaran dan pembelajaran memerlukan masa yang agak lama jika mengimpikan hasil yang berkesan.
terima kasih safwan..
Pendidikan prasekolah sangat penting bagi mempertingkatkan lagi penyertaan kanak-kanak yang berumur 6 tahun dan ke bawah. Kini, pelbagai agensi dr pihak swasta mahupun kerajaan ditubuhkan bagi memperluaskan akses pendidikan prasekolah di Malaysia
Post a Comment