RSS

Teknologi terkini dalam sukan dan perubatan

1- PELAPIK SUKAN TERBARU


 

Jenama kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus.
 
Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.

Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali. Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi.Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.

 Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil. Empat pendakap X-tremus didatangkan di dalam pelbagai saiz dari S hingga XXL dengan harga RM119 untuk pergelangan tangan, RM139 (siku), RM169 buku lali dan RM269 (lutut).


 2- SPEEDO LZR RACER SWIMSUIT


NASA dan Institut Teknologi Australia telah menggunakan teknologi elastin nilon dan bahan polyurethane mampu membantu membentuk tubuh badan seseorang perenang berada dalam keadaan posisi hidrodinamik selain membantu memudahkan kemasukan oksigen ke dalam otot. Ia juga mempunyai ultrasonik yang telah dikimpal bagi mengelakkan material daripada kendur.


3- NIKE AEROGRAPHICS JERSEY



Syarikat Nike telah mencipta jersi Aerografik untuk pasukan USA dengan meletakkan grafik ke atas material jersi tersebut yang membolehkan peredaran angin ke seluruh badan dan mengurangkan berat sebanyak 31%. Dengan meningkatkan peredaran angin dan mengurangkan perpeluhan, jersi aerografik ini mampu mengurangkan atlet dari membuang tenaga untuk menyejukkan badan. Lompatan atlit juga dapat ditingkatkan hasil pengurangan berat material jersi tersebut.



 4- ADIDAS LONE STAR SHOES


  

 Adidas telah mencipta kasut Lone Star setelah bekerjasama dengan pelari pecut 400 meter, Jeremy Wariner. Pelari pecut kebiasaanya menang dan kalah disebabkan oleh selekoh. Setelah pihak Adidas menganalisis teknik Jeremy dengan melihat video dan melihat tekanan yang diperlukan untuk memecut, Adidas melihat kaki kiri Jeremy digunakan untuk menstabilkan badan beliau semasa memecut manakala kaki kanan memberikan kuasa untuk Jeremy berlari. Daripada maklumat tersebut, Adidas mencipta kasut asimetrik yang direka khas untuk kekuatan kedua belah kaki.


5- DOPPLER LIDAR



Doppler Lidar merupakan sistem radar yang digunakan ketika berlayar. ia berfungsi untuk menjangka cuaca yang kebiasaannya digunakan di televisyen. Ia mempunyai laser yang menentukan masa dan kelajuan arah angin selain penunjuk arah ketika sedang berlayar di laut yang luas.


6- MIZUNO FRENZY 120 RB500 CARBON-FIBER BAT

Kebiasaanya  pemukul bola lisut menggunakan bahan-bahan daripada besi, namun pada tahun ini, ciptaan MIzuno menggunakan karbon-fiber yang memberikan pukulan yang lebih ringan dan tepat dengan menggunakan empat material teknologi yang dipanggil AX4. 


7- MORINI CM 162 EL AIR PISTOL


 Ciptaan baru CM 162 EL dari Swiss telah menggantikan cara tradisional penggunaan pistol dengan menukar ianya dengan menggunakan kuasa bateri dan kawalan tembakan dari mikrocip. Dua bateri AAA boleh digunakan dan ia mampu menghasilkan 15,000 tembakan selain butang LED berwarna merah disediakan bagi menunjukkan kondisi bateri.


 8- NIKE IPPEAS RIDING BOOTS

 Nike telah mencipta sebuah kasut bagi penunggang kuda yang mempunyai zip yang panjang bagi memudahkan untuk kasut ditanggalkan. Nike juga telah menambah lelasan getah yang tinggi di bahagian tepi but lantas membolehkan penunggang kuda berada dalam keadaan stabil ketika melakukan lompatan. akhir sekali, Nike telah menggantikan ladam di bahagian tapaknya dengan menggunakan material dari titanium yang boleh diubah ketinggiannya.


9- NIKE PRECOOL VEST


Nike sekali lagi telah mencipta sebuah ves yang mempunyai pek ais yang sama seperti penyejuk minuman yang diletakkan bagi menyejukkan air. Atlet yang memakai ves ini mampu mengurangkan suhu panas dan tubuh badan tidak akan membazirkan tenaga untuk menyejukkan badan.


10- Implan otak dari wanita lumpuh mampu menggerakkan tangan robot


Jan Scheuermann tidak mampu untuk menyuapkan makanan untuk dirinya sendiri, namun dia mampu untuk menggerakkan tangan robot untuk mengambil bar coklat dengan hanya menggunakan implan otaknya. beliau menjadi orang yang pertama mendemonstrasi tangan robot dengan menggunakan implan otaknnya. Scheuerman mengidap penyakit tulang belakang sejak tahun 1996 dan tidak mampu untuk bergerak. Kajian daripada Brain Computer Interface (BCI) membolehkan beliau untuk menggerakkan tangan palsunya dengan hanya menggunakan implan otak. Otak Scheuerman telah diimplan dengan beberapa grid elektrod yang diletakkan di 96 bahagian dari otak yang mengawal tangan kanan dan pergerakan tangan. Elektrod itu bergerakbalas dengan neuron dan mengaktifkan pergerakan tangan. Kurang daripada seminggu hasil pembedahan, beliau mampu untuk menggerakkan tangan ke dalam dan ke luar, ke kiri, ke kanan dengan menggunakan tangan robot.




0 comments:

Post a Comment