RSS

Nilai-nilai Murni


Video nilai-nilai murni yang dihasilkan oleh kami...

Terima kasih kerana menonton...

 

Bahan Bantu Mengajar Bukan Elektronik






BAHAN BANTU MENGAJAR BUKAN ELEKTRONIK

"PUZZLE"

Diperbuat daripada 2 buah kotak bijirin hasil daripada barang terpakai. Puzzle digunakan sebagai alat permainan untuk kanak-kanak berumur kurang daripada lima tahun. Ia mampu menjana minda kanak-kanak bagi menyelesaikan masalah iaitu dengan menggerakkan kotak dan mengeluarkan bola berwarna yang disediakan dengan melalui halangan-halangan.



pandangan atas


pandangan sisi


pandangan sisi


pandangan atas



















Alat bantu mengajar ini menggunakan kos yang kurang daripada RM2. Selain daripada mampu untuk dicipta melalui pelbagai barangan terpakai yang lain, ia juga menarik untuk dijadikan bahan untuk mengasah tumpuan kanak-kanak. 


Teknologi terkini dalam sukan dan perubatan

1- PELAPIK SUKAN TERBARU


 

Jenama kelengkapan perlindungan sukan terkemuka, la pointique atau LP Support (LP) yang semakin popular di kalangan ahli sukan amatur dan profesional baru-baru ini melancarkan barisan terbaru produk dari siri X-tremus.
 
Dibangunkan dengan teknologi sukan berketepatan tinggi, pendakap X-tremus memenuhi keperluan setiap atlet dengan perlindungan dan daya prestasi ke tahap maksimum.Pendakap atau pelapik sukan terbaru LP itu adalah keperluan setiap atlet khususnya bagi mereka yang terlibat di dalam sukan-sukan pantas seperti bola tampar, bola keranjang, bola sepak dan sukan beraket.Berbeza dengan barisan produk LP yang sedia ada, siri lebih eksklusif ini dipertingkatkan dengan jahitan (kait) tiga dimensi (3D) untuk membolehkan pergerakan yang lebih fleksibel.Kehebatan X-tremus datang dari binaan kompleks yang memanfaatkan tiga teknologi terbaru iaitu pita kuasa ajaib, struktur kontur stabil dan binaan lebih tahan dan kemas.

Produk siri teratas keluaran jenama antarabangsa itu kini boleh didapati untuk kegunaan pada empat lipatan utama iaitu pergelangan tangan, siku, lutut dan buku lali. Selain cengkaman yang dipertingkatkan melalui jahitan 3D, balutan elastik X-tremus berupaya menyerap dan melepaskan semula tenaga setiap kali pergerakan sendi dilakukan. Kelebihan yang memberikan atlet lebih prestasi.Bagi pendakap lutut X-tremus, pelapik berbentuk donut bukan sahaja bertindak sebagai pelindung kecederaan bahkan menstabilkan kedudukan tempurung lutut. Ia merupakan konsep rawatan yang diperlukan oleh semua atlet.

 Rekaan 3D pada pendakap buku lali pula diberi perlindungan silikon yang menghasilkan fungsi urutan sepanjang masa. Selain itu, jahitan berkualiti pada permukaan memberi lebih kekemasan otot, sekali gus mengemaskan setiap pergerakan.Penggunaan bahan seperti neoprene, coolprene yang tidak memerangkap peluh manakala teknologi Coolmax berupaya menyelesaikan masalah pemerangkapan haba.Secara umumnya, pemakaian X-tremus membantu meningkatkan beberapa kapasiti atlet seperti melompat lebih tinggi, bergerak lebih laju dan mendapatkan postur lebih stabil. Empat pendakap X-tremus didatangkan di dalam pelbagai saiz dari S hingga XXL dengan harga RM119 untuk pergelangan tangan, RM139 (siku), RM169 buku lali dan RM269 (lutut).


 2- SPEEDO LZR RACER SWIMSUIT


NASA dan Institut Teknologi Australia telah menggunakan teknologi elastin nilon dan bahan polyurethane mampu membantu membentuk tubuh badan seseorang perenang berada dalam keadaan posisi hidrodinamik selain membantu memudahkan kemasukan oksigen ke dalam otot. Ia juga mempunyai ultrasonik yang telah dikimpal bagi mengelakkan material daripada kendur.


3- NIKE AEROGRAPHICS JERSEY



Syarikat Nike telah mencipta jersi Aerografik untuk pasukan USA dengan meletakkan grafik ke atas material jersi tersebut yang membolehkan peredaran angin ke seluruh badan dan mengurangkan berat sebanyak 31%. Dengan meningkatkan peredaran angin dan mengurangkan perpeluhan, jersi aerografik ini mampu mengurangkan atlet dari membuang tenaga untuk menyejukkan badan. Lompatan atlit juga dapat ditingkatkan hasil pengurangan berat material jersi tersebut.



 4- ADIDAS LONE STAR SHOES


  

 Adidas telah mencipta kasut Lone Star setelah bekerjasama dengan pelari pecut 400 meter, Jeremy Wariner. Pelari pecut kebiasaanya menang dan kalah disebabkan oleh selekoh. Setelah pihak Adidas menganalisis teknik Jeremy dengan melihat video dan melihat tekanan yang diperlukan untuk memecut, Adidas melihat kaki kiri Jeremy digunakan untuk menstabilkan badan beliau semasa memecut manakala kaki kanan memberikan kuasa untuk Jeremy berlari. Daripada maklumat tersebut, Adidas mencipta kasut asimetrik yang direka khas untuk kekuatan kedua belah kaki.


5- DOPPLER LIDAR



Doppler Lidar merupakan sistem radar yang digunakan ketika berlayar. ia berfungsi untuk menjangka cuaca yang kebiasaannya digunakan di televisyen. Ia mempunyai laser yang menentukan masa dan kelajuan arah angin selain penunjuk arah ketika sedang berlayar di laut yang luas.


6- MIZUNO FRENZY 120 RB500 CARBON-FIBER BAT

Kebiasaanya  pemukul bola lisut menggunakan bahan-bahan daripada besi, namun pada tahun ini, ciptaan MIzuno menggunakan karbon-fiber yang memberikan pukulan yang lebih ringan dan tepat dengan menggunakan empat material teknologi yang dipanggil AX4. 


7- MORINI CM 162 EL AIR PISTOL


 Ciptaan baru CM 162 EL dari Swiss telah menggantikan cara tradisional penggunaan pistol dengan menukar ianya dengan menggunakan kuasa bateri dan kawalan tembakan dari mikrocip. Dua bateri AAA boleh digunakan dan ia mampu menghasilkan 15,000 tembakan selain butang LED berwarna merah disediakan bagi menunjukkan kondisi bateri.


 8- NIKE IPPEAS RIDING BOOTS

 Nike telah mencipta sebuah kasut bagi penunggang kuda yang mempunyai zip yang panjang bagi memudahkan untuk kasut ditanggalkan. Nike juga telah menambah lelasan getah yang tinggi di bahagian tepi but lantas membolehkan penunggang kuda berada dalam keadaan stabil ketika melakukan lompatan. akhir sekali, Nike telah menggantikan ladam di bahagian tapaknya dengan menggunakan material dari titanium yang boleh diubah ketinggiannya.


9- NIKE PRECOOL VEST


Nike sekali lagi telah mencipta sebuah ves yang mempunyai pek ais yang sama seperti penyejuk minuman yang diletakkan bagi menyejukkan air. Atlet yang memakai ves ini mampu mengurangkan suhu panas dan tubuh badan tidak akan membazirkan tenaga untuk menyejukkan badan.


10- Implan otak dari wanita lumpuh mampu menggerakkan tangan robot


Jan Scheuermann tidak mampu untuk menyuapkan makanan untuk dirinya sendiri, namun dia mampu untuk menggerakkan tangan robot untuk mengambil bar coklat dengan hanya menggunakan implan otaknya. beliau menjadi orang yang pertama mendemonstrasi tangan robot dengan menggunakan implan otaknnya. Scheuerman mengidap penyakit tulang belakang sejak tahun 1996 dan tidak mampu untuk bergerak. Kajian daripada Brain Computer Interface (BCI) membolehkan beliau untuk menggerakkan tangan palsunya dengan hanya menggunakan implan otak. Otak Scheuerman telah diimplan dengan beberapa grid elektrod yang diletakkan di 96 bahagian dari otak yang mengawal tangan kanan dan pergerakan tangan. Elektrod itu bergerakbalas dengan neuron dan mengaktifkan pergerakan tangan. Kurang daripada seminggu hasil pembedahan, beliau mampu untuk menggerakkan tangan ke dalam dan ke luar, ke kiri, ke kanan dengan menggunakan tangan robot.




10 Klip Video Menarik dari Youtube


1- Teknik Kamera yang menarik



2- Ninja Warrior memanjat tali dan memecahkan rekod masa



3- Teknologi masa depan


4- Mercedes Benz C Class 2012


5- Iklan Syampu yang diharamkan pengiklanannya



6- Iklan mentol lampu di Thailand


7- Khinzir berlawan dengan Singa


8- Pelukan singa terhadap orang yang menyelamatkannya


9- Kucing dan muzik


10- Never say no to Panda



Nilai Keberhasilan Utama Negara - Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan



Nilai Keberhasilan Utama Negara (NKRA) merupakan dasar yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak pada 27 Julai 2009. Beliau telah mengumumkan Indeks Prestasi Utama (KPI) enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Namun begitu, pada kali ini saya akan menerangkan dengan lebih terperinci tentang NKRA yang ketiga iaitu Meluaskan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan.

  klik untuk paparan lebih besar

Terdapat 4 Fokus utama kerajaan bagi meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan iaitu kepada Prasekolah, Literasi dan Numerasi, Sekolah Berprestasi Tinggi dan Tawaran Baru kepada Pemimpin Sekolah.

Menyedari hakikat bahawa pendidikan perlu diterapkan dari awal kelahiran, kerajaan mengambil inisiatif besar dengan memfokuskan NKRA kepada pembelajaran prasekolah dengan mencadangkan 6 langkah-langkah bagi mencapai sasaran untuk meningkatkan penyertaan kanak-kanak prasekolah yang berumur 5 hingga 6 tahun. Antaranya ialah:

1- Penubuhan Jawatankuasa Penyelerasan Prasekolah Kebangsaan bagi meningkatkan kapasiti dan menambahbaik kualiti pendidikan prasekolah.

2- Mewujudkan Standard Prasekolah Kebangsaan untuk memastikan perkembangan holistik kanak-kanak.

3- Penyeragaman bantuan murid prasekolah kerajaan untuk memastikan pendidikan berkualiti untuk semua.

4- Kerangka pembangunan kecemerlangan guru dan pembantu guru prasekolah.

5- Perancangan pembukaan kelas prasekolah baru yang akan menyebabkan tambahan seramai 200,000 kanak-kanak akan mengikuti pendidikan prasekolah. 

6- Cadangan pendekatan dalam meningkatkan penyertaan sektor swasta dalam pendidikan prasekolah seperti bayaran sekali RM10,000 untuk semua sekolah swasta berdaftar yang dibuka pada tahun 2010 - 2012, bantuan Yuran Murid bernilai sehingga RM150 seorang sebulan untuk membiayai yuran bagi semua murid 4 tahun dan 5 tahun miskin dan miskin tegar, selain menyerdiakan latihan kemahiran secara percuma bagi guru prasekolah swasta dan JPNIN, dan mempermudahkan proses permohonanan oleh tiga agensi PBT, Bomba dan Penyelamat dan Kesihatan.

 
penulis bersama kanak-kanak prasekolah di Kampung Alor Merah, Kedah.

Langkah-langkah ini merupakan cadangan bagi meningkatkan lagi penyertaan kanak-kanak prasekolah untuk mendapatkan pendidikan berkualiti sejak awal. Apakah pendapat anda mengenai langkah-langkah yang dilaksanakan oleh kerajaan ini? Selitkan komen anda dalam kotak komen di bawah.Terima kasih :)


Biodata


Hello dan selamat datang ke blog Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan saya. Blog ini merupakan tugasan individu bagi subjek GGGE2123 Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan yang merupakan subjek pilihan bebas bagi melengkapi jam kredit saya sepanjang saya menimba ilmu di Universiti Kebangsaan Malaysia. Berikut merupakan serba sedikit latar belakang saya. 



Nama: Fatin Sakinah bt Ismail
No Matrik: A135365
Program: Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Dasar Awam
Tahun Pengajian: 3
Semester: Sesi 1 2012 / 2013
Tutorial: Selasa
Masa: 8 - 10 malam
Tempat: Makmal Komputer 3, Dewan Budiman 
Email: [fatinsakinahismail][@][gmail].[com]

 'Inhale positivity, exhale negativity'